Thursday 25 April 2013

Ayat Aktif dan Ayat Pasif


  1. Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai unsur yang diterangkan.

  • Kamal menendang bola.
     2. Ayat pasif ialah ayat yang terdiri daripada kata kerja yang megutamakan objek asal sebagai unsur yang diterangkan. Dalam Bahasa Melayu, ayat pasif berpelaku sahaja iaitu ayat pasif pertama, kedua dan ketiga yang dapat dibentuk daripada ayat aktif.


  • Saya menghadiahkan pen itu kepadanya. (AA)
  • Pen itu saya hadiahkan kepadanya (AP)



  • Kamu menulis cerpen ini. (AA)
  • Cerpen ini kamu tulis. (Ayat Pasif diri Kedua)



  • Mereka telah menaiki kereta itu. (AA)
  • Kereta itu dinaiki oleh mereka. (Ayat Pasif Diri Ketiga)

3. Walaubagaimanapun, ayat pasif yang lain tidak mempunyai ayat aktifnya.


  • Pakaian itu belum berlipat



  • Pintu itu tertutup



  • Pencuri itu kena tangkap semalam.



  • Saya kehujanan.

No comments:

Post a Comment