Wednesday, 1 May 2013

KEPENTINGAN MENGUASAI PELBAGAI BAHASA


KEPENTINGAN MENGUASAI PELBAGAI BAHASA

Menurut kamus Komprehensif Bahasa Melayu, perkataan bahasa membawa maksud sistem lambang-lambang bunyi yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia. Terdapat pelbagai bahasa yang digunakan di dunia iaitu Bahasa Arab, Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris. Bahasa telah dijadikan alat komunikasi antara satu sama lain. Biasanya mereka menggunakan bahasa antarabangsa yang mudah difahami ialah Bahasa Inggeris iaitu lingua franca.

Lingua franca merupakan bahasa perantaraan yang digunakan secara sistematik untuk tujuan perhubungan antara orang-orang yang tidak sama bahasa ibundanya. Lingua franca juga merupakan bahasa yang dikhususkan dalam bidang tertentu. Contohnya, bahasa Inggeris selalu digunakan untuk kajian sains. Pada abad ke-14, ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka, Bahasa Melayu dijadikan lingua franca di Kepulauan Melayu, tidak kira dituturkan oleh penduduk tempatan mahupun saudagar dan seniman yang mengunjungi Melaka melalui Selat Melaka.

Terdapat pelbagai faedah menguasai pelbagai bahasa. DI antaranya ialah dapat berkomunikasi dengan pelbagai bangsa dari serata dunia. Di situ kelebihannya, ketika melancong, kita tidak perlu megupah jurubahasa kerana bayarannya agak lumayan. Apabila berada di negara luar kita perlu berkomunikasi dengan bahasa yang digunakan untuk memudahkan urusan jual beli. Biasanya peniaga mudah memberi harga yang lebih rendah dalam proses tawar menawar. Jika pelancong tidak pandai bertutur dalam bahasa yang digunakan mereka akan memberi harga paku belanda dan inginkan keuntungan lebih semata-mata.

Selain itu, apabila bertutur dalam pelbagai bahasa kita dapat memahami percakapan yang telah digunakan. Kita boleh mengetahui sama ada mereka menggunakan kata-kata kesat atau lucah kepada kita dalam bahasa ibunda mereka. Kita juga dapat mengelakkan perselisihan faham dan bertukar pendapat. Seterusnya, apabila dapat menguasai bahasa penduduk di sekitarnya akan melahirkan rasa hormat atas kesanggupan kita untuk belajar bahasa mereka.

Di samping itu, kita boleh mendapat ramai kenalan dari setiap negara apabila berkomunikasi di laman web. Kita boleh bertutur dan belajar ketika berkomunikasi di laman web. Kita boleh mempromosikan negara kita melalui kenalan di laman web lalu menarik minat pelancong untuk mengunjungi negara kita. Kita bukan sahaja memperbaiki bahasa yang dipelajari bahkan juga dapat bertutur dengan lebih fasih.

Tambahan pula, kita juga dapat lebih peluang pekerjaan terutamanya dalam bidang media mass yang memerlukan pengetahuan di dalam pelbagai bahasa. Seorang wartawan harus menguasai sekurang-kurangnya lima bahasa terutamanya bahasa Inggeris dan bahasa ibundanya. Pekerjaan yang melibatkan diri dalam bidang media massa juga mendapat gaji yang lumayan. Jurubahasa di dalam televisyen perlunya mengetahui pelbagai bahasa mengikut rancangan yang dikendalikan. Ada juga yang bertugas untuk menaip sari kata bagi paparan di televisyen.

Akhir sekali, kita boleh memahami rancangan yang diminati tanpa perlu membaca sari kata yang disediakan kerana sari katanya lambat daripada pertuturan pelakon atau kesalahan tatabahasa yang digunakan. Kita akan berasa lebih seronok menonton rancangan yang diminati tanpa perlu penat membaca sari kata yang disediakan. Kita juga boleh membaca buku komik atau buku cerita dari penulis asal tanpa perlu peralihan bahasa.

Konklusinya, setiap orang perlulah menguasai pelbagai bahasa kerana lebih banyak kebaikan apabila kita menguasainya. Peranan ibu bapa menjadikan seseorang itu berjaya tidak kira apa jua yang diceburi.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment