KEPENTINGAN
MENGUASAI PELBAGAI BAHASA
Menurut kamus Komprehensif Bahasa
Melayu, perkataan bahasa membawa maksud sistem lambang-lambang bunyi
yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok
manusia. Terdapat pelbagai bahasa yang digunakan di dunia iaitu
Bahasa Arab, Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris. Bahasa telah dijadikan
alat komunikasi antara satu sama lain. Biasanya mereka menggunakan
bahasa antarabangsa yang mudah difahami ialah Bahasa Inggeris iaitu
lingua franca.
Lingua franca merupakan bahasa
perantaraan yang digunakan secara sistematik untuk tujuan perhubungan
antara orang-orang yang tidak sama bahasa ibundanya. Lingua franca
juga merupakan bahasa yang dikhususkan dalam bidang tertentu.
Contohnya, bahasa Inggeris selalu digunakan untuk kajian sains. Pada
abad ke-14, ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka, Bahasa Melayu
dijadikan lingua franca di Kepulauan Melayu, tidak kira dituturkan
oleh penduduk tempatan mahupun saudagar dan seniman yang mengunjungi
Melaka melalui Selat Melaka.
Terdapat pelbagai faedah
menguasai pelbagai bahasa. DI antaranya ialah dapat berkomunikasi
dengan pelbagai bangsa dari serata dunia. Di situ kelebihannya,
ketika melancong, kita tidak perlu megupah jurubahasa kerana
bayarannya agak lumayan. Apabila berada di negara luar kita perlu
berkomunikasi dengan bahasa yang digunakan untuk memudahkan urusan
jual beli. Biasanya peniaga mudah memberi harga yang lebih rendah
dalam proses tawar menawar. Jika pelancong tidak pandai bertutur
dalam bahasa yang digunakan mereka akan memberi harga paku belanda
dan inginkan keuntungan lebih semata-mata.
Selain itu, apabila bertutur
dalam pelbagai bahasa kita dapat memahami percakapan yang telah
digunakan. Kita boleh mengetahui sama ada mereka menggunakan
kata-kata kesat atau lucah kepada kita dalam bahasa ibunda mereka.
Kita juga dapat mengelakkan perselisihan faham dan bertukar pendapat.
Seterusnya, apabila dapat menguasai bahasa penduduk di sekitarnya
akan melahirkan rasa hormat atas kesanggupan kita untuk belajar
bahasa mereka.
Di samping itu, kita boleh
mendapat ramai kenalan dari setiap negara apabila berkomunikasi di
laman web. Kita boleh bertutur dan belajar ketika berkomunikasi di
laman web. Kita boleh mempromosikan negara kita melalui kenalan di
laman web lalu menarik minat pelancong untuk mengunjungi negara kita.
Kita bukan sahaja memperbaiki bahasa yang dipelajari bahkan juga
dapat bertutur dengan lebih fasih.
Tambahan pula, kita juga dapat
lebih peluang pekerjaan terutamanya dalam bidang media mass yang
memerlukan pengetahuan di dalam pelbagai bahasa. Seorang wartawan
harus menguasai sekurang-kurangnya lima bahasa terutamanya bahasa
Inggeris dan bahasa ibundanya. Pekerjaan yang melibatkan diri dalam
bidang media massa juga mendapat gaji yang lumayan. Jurubahasa di
dalam televisyen perlunya mengetahui pelbagai bahasa mengikut
rancangan yang dikendalikan. Ada juga yang bertugas untuk menaip sari
kata bagi paparan di televisyen.
Akhir sekali, kita boleh
memahami rancangan yang diminati tanpa perlu membaca sari kata yang
disediakan kerana sari katanya lambat daripada pertuturan pelakon
atau kesalahan tatabahasa yang digunakan. Kita akan berasa lebih
seronok menonton rancangan yang diminati tanpa perlu penat membaca
sari kata yang disediakan. Kita juga boleh membaca buku komik atau
buku cerita dari penulis asal tanpa perlu peralihan bahasa.
Konklusinya, setiap orang
perlulah menguasai pelbagai bahasa kerana lebih banyak kebaikan
apabila kita menguasainya. Peranan ibu bapa menjadikan seseorang itu
berjaya tidak kira apa jua yang diceburi.
No comments:
Post a Comment